KABAR BANTEN-Les’s Copaque Production sebagai rumah produksi Upin dan Ipin menyampaiakan keterangan resmi soal beredarnya video makam dengan nama yang sama dengan dua sosok anak kecil dalam serial televisi animasi kartun anak-anak tersebut.
Dalam video yang diunggah akun TikTok @bang_along3110, memperlihatkan dua makam bertuliskan nama Upin dan Ipin dengan tertera tahun meninggalnya mereka.
Video yang memperlihatkan makam Upin dan Ipin tersebut langsung viral, hingga akhirnya pihak rumah produksi Les’s Copaque Production menulis keterangan resmi.
Dikutip kabarbanten.pikiran-rakyat.com dari Twitter @lescopaque, berikut keterangan lengkap dan utuh dari pihak rumah produksi yang mengklarifikasi video makam Upin dan Ipin yang viral hingga menghebohkan tersebut.
Semua cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les' Copaque Production. Ianya tidak diambil atau diinpirasi dari kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.
Idea asal cerita Upin & Ipin adalah dari Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah. Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi juga sarat dengan mesej yang bermanfaat.
Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les' Copaque Production pula adalah pelakon suara Tok Dalang. Beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dibesarkan di kampung di dalam siri Upin & Ipin.
Ketika Upin & Ipin Musim 1 disiarkan di TV9, ianya merupakan projek sampingan saja. Oleh kerana kesuntukan masa dan kekurangan tenaga kerja, tiada watak baru dihasilkan dan LCP memilih untuk menjadikan Upin dan Ipin anak yatim piatu.